Wednesday 27 November 2013

ujian Dia

assalamualaikum,,
semoga hari yang indah buat kalian hendaknya,,

banyak benda tak terluah,
hanya mampu ditulis,
walau tak dikongsi pada butir bicara,
hanya ditaip pada papan kekunci,
tapi sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berbagi,,

ya,,
kehidupan di sini semakin mencabar,
aku merasakan aku sendiri mungkin tertewas,,

faktornya?
perihal akademik,sosial,mahupun ekonomi,,
biasalah ,,
apabila ia namanya kehidupan,
kita tidak pernah lari dari masalah,,

ujian yang Allah beri itu ,
kadang-kadang hati kita rasa tak sama,,
semua bergantung atas tahap iman kita,,

tapi,apa yang Allah beri pada kita,
memang betul-betul sesuai pada ukuran iman & kemampuan diri,
tak mampu, Allah takkan beri,,


jangan mudah alpa,
jangan mudah gentar,
jangan mudah tertewas,,
akan segala kemungkinan yang tiba,,


segala yang berlaku,
segala yang terjadi,
ada hikmahnya,
ada kebaikannya,
ada sesuatu yang kita tidak pernah tahu,
namun ia baik buat kita,,

*sheyraSyaherra* :)



Monday 29 July 2013

manusia

assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang,
sudah lama rasanya tidak menjengah ke laman blog ni,
sudah berhabuk,
sudah bersawang,
sudah hanyut telan dek zaman,

kadang-kadang,aku berasa pelik dan aneh sebenarnya melihat perangai manusia,
ia merujuk kepada semua orang,dan termasuklah jua insan yang menaip entry ini,,

benar,,
semua yang bernama manusia tidak lari dari melakukan kesilapan,
kesilapan yang berulang dan terus berulang,,

namun,kita sepatutnya cuba dan cuba untuk berubah demi kehidupan yang lebih baik,,
kita sebenarnya sedar akan perihal itu,
tapi,,
itu lah manusia,
tetap melakukannya,,

namun,
ramai juga manusia yang bersungguh-sungguh,
beristiqamah dalam segala hal,
supaya berada di landasan yang lurus,
berada di laluan yang betul,

jadi,,
aku sendiri ingin memohon beribu kemaafan kepada semua orang,
sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmatNya,

mudah-mudahan,,
 agar kita semua dapat berubah menjadi yang lebih baik,
dan terus diberikan peluang agar diri ini,diri insan semua,dapat jadi yang terbaik,,

inshaAllah,
semoga diperlancarkan semuanya :)

                                                
                                                       
 "our mistake should be our motivation,
 not our excuses"









Monday 2 July 2012

simple.simple.simple

assalamualaikum AND have a nice day :)


it's been a long time ago i didnt updated my blog,,yes,,because a lot of thing have to do,again with my proposal,our group task,project works,,


life in campus, its fun and enjoyable ,
im just follow with the flow , and for the time being ,,alhamdulillah its been smoothly and orderly,,


but,i know,
the longer i lived here, 
there is something more challenging
AND there will be many obstacles 


---make me strong,,----








*sheyrasyaherra*






Friday 1 June 2012

stay strong,stay positive :)

assalamualaikum,,
okayh,rasanya dah lama tak update,,,
bersawang sawang dah kot,,,
hurmm,,
now,aku busy dengan kemasukan universiti,
entahlah,,
sampaikan aku tak tau nak update pasal apa,,


so,
kawan-kawan aku mostly dah masuk matrikulasi,uitm,dan sebagainya,,,
masing-masing dengan satu membawa harapan,impian,cita-cita,,
aku doakan agar masing2 dapat berjaya dengan cemerlang,

kisah aku, ??

sedang menghitung hari dalam merealisasikan kehidupan aku sebagai siswi,
perasaan aku sekarang ni bercampur baur,

gembira,sedih,terharu,tak sabar pun ada,,,

17 JUN menentukan segala galanya,
aku mendaftarkan diri di sana ,
adakah keadaan lebih baik ?


hanya takdir dan waktu yang dapat menentukan,,
aku hanya mengikut putaran arus kehidupan,
yang penuh dengan liku-liku cabaran,,,,

 
yang aku hanya harapkan,
agar tali yang sedang aku pegang ini,,
tidak terputus di bawa arus,
dan tidak menjadikan aku insan yang alpa,
moga-moga ada insan-insan yang dapat memimpin corak pemikiranku di sana,


dan,
aku sendiri cuba sedaya upaya berusaha 
untuk mencapai cita-cita aku,,
dengan bantuan keluarga,rakan-rakan yang terus menyokong aku dari belakang,,
insyallah,,




*sheyrasyaherra*

Monday 7 May 2012

alhamdulillah :)

syukur panjang aku panjatkan kepada Allah SWT 
alhamdulillah,,
aku berpeluang juga menuju ke menara gading IPTA,
atas restu ibu bapa,
dorongan kawan-kawan,
dan semangat dari si dia,,


aku berpeluang untuk menyambung cita-cita dan impianku,
aku berpeluang melihat suasana pembelajaran di sana nanti,
aku berpeluang untuk meneroka dan mengetahui segala prospek yang ada,


insyaALLAH,
akan aku buktikan kepada semua orang 
bahawa aku juga mampu berjaya,
aku mahu menggembirakan hati orang tuaku,


aku tidak mahu dilabelkan tidak berguna,
yang hanya mampu menghabiskan duit ibu bapa saja,
aku tidak mahu itu,


aku hanya inginkan yang terbaik dariku,
supaya aku tahu,
bahawa diriku sudah melakukan sehabis baik,


kini,aku hanya mampu berdoa dan berusaha sebaik mungkin,
dalam mengejar cita-citaku,,
biarlah takdir dan waktu yang menentukan,






UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
insyallah,pasti aku akan menaklukimu,,
amin ya rabbal alamin,,,)








                          *sheyrasyaherra*

Saturday 5 May 2012

special made for u,,,naddyDiNNie


nur addinni bt mohd azhar

hee,,,just for you,,,okay,tangan aku sekarang ni ligat nak menulis tentang seseorang,
sebelum tu,aku senaraikan apa ciri-ciri seorang gadis comel lagi manis itu,

GRADUATION DAY TIKL 2011

  • seorang yang sangat mesra
  • seorang yang sangat comel dengan cermin matanya
  • seorang pendengar yang baik
  • seorang responden yang bagus 
  • seorang yang sangat penyayang
  • seseorang yang garang waktu kawad

dan banyak lagi,,,pada awal perkenalan kami,dia mulanya agak pemalu orangnya,
dan segan-segan gitu,huhuhu,,
tapi bila dah kenal dia
dah kenal isihati dia *ceh,huhuhu*
aku mula sedar bahawa dia jenis rakan 
yang memahami akan situasi rakan-rakannya,


*perihal di our dorm LILY*

selalu je kena buli,,hee,,yeke dinnie??-padahal aku pun kena-
hee,,,sangat baik kot,macam-macam benda kami buat bersama
such as,,,
kawad kaki,MPP,
dan macam2 lagi,,

kami di dorm bersama teman-teman yang lain banyak buat aktiviti
yang di luar jangkaan kami,,
ceh,,,ada lah,,,

here we go,,,sheyra n dinnie,,waktu ni aku lepak rumah dinie,,rindu dis moment,,best sgt dinnie,,
really appreaciated ,,





     
waktu ni semangat KEBOMBAAN sangat terserlah,,,
alhamdulillah,,banyak anugerah kawad kaki bomba kami peroleh,,
dinnie -KETUA KOMANDEN okey?jangan main2 yea,,,hee



sekarang,kami dah buat haluan masing-masing,
demi mencapai cita-cita yang lebih bermakna,
namun ukhuwah 
yang kami jalinkan sehingga kini tetap tersemat di hati sanubari kami,,
sehingga ke al-jannah,,
persahabatan kita selamanya,
amin ya rabbal alamin,,



okey ,ni lah gadis manis,sudah nampak kematangannya
*ceh,,,hee,,dah besar yea??*

addinni,,love u kawan,,,hee


*sheyrasyaherra*

Tuesday 1 May 2012

bola oh bola,,,,

assalamualaikum,,
hari ni tangan aku ligat nak menulis pasal bola,,
bola oh bola,,
huhuhu,,,siapa minat,angkat tangan,,hee

okeyh,saya sangat minat bola !!
woaa,,ayat teruja,hee

bola?
refer to bola sepak la of course,


baru-baru ni berlangsungnya PIALA FA 2012,
dan semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir
pada waktu yang sama,

KEDAH vs KELANTAN
dan   
SIME DARBY vs TERENGGANU


tapi aku tengok yg kedah punya,,sebab memang aku minat kott,,
perh,,semangat sangat aku tengok semalam,
mana tak nya ,separuh masa pertama dah 2 gol kedah jaringkan,,

tapi,last2 ,masa kedua pula,kelantan kembali mengganas,,,
maybe kedah dah penat sangat kot waktu tu,,,huhu,
 tambah2 dgn penjaga gol kesayangan Malaysia tu ada,
KHAIRUL FAHMI CHE MAT,
mmg terbaik la,

finally,KELANTAN akhirnya mara ke final nanti lawan dgn SIME DARBY,,
jadi,adat la kan dalam permainan sukan ni,
ada kalah,ada menang,


*huhuhu,,sedih aku kedah kalah,,,*


hee,,,tapi aku lagi suka,HAZWAN BAKRI,,,
aku maksudkan dengan cara dia kawal bola dan gol pada sasaran,
sangat memukau,,,
salute pada dia,,

hazwan bakri <3
 


#sheyrasyaherra