Monday, 7 May 2012

alhamdulillah :)

syukur panjang aku panjatkan kepada Allah SWT 
alhamdulillah,,
aku berpeluang juga menuju ke menara gading IPTA,
atas restu ibu bapa,
dorongan kawan-kawan,
dan semangat dari si dia,,


aku berpeluang untuk menyambung cita-cita dan impianku,
aku berpeluang melihat suasana pembelajaran di sana nanti,
aku berpeluang untuk meneroka dan mengetahui segala prospek yang ada,


insyaALLAH,
akan aku buktikan kepada semua orang 
bahawa aku juga mampu berjaya,
aku mahu menggembirakan hati orang tuaku,


aku tidak mahu dilabelkan tidak berguna,
yang hanya mampu menghabiskan duit ibu bapa saja,
aku tidak mahu itu,


aku hanya inginkan yang terbaik dariku,
supaya aku tahu,
bahawa diriku sudah melakukan sehabis baik,


kini,aku hanya mampu berdoa dan berusaha sebaik mungkin,
dalam mengejar cita-citaku,,
biarlah takdir dan waktu yang menentukan,






UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
insyallah,pasti aku akan menaklukimu,,
amin ya rabbal alamin,,,)








                          *sheyrasyaherra*

3 comments:

  1. Wahhh, tahniah kwn! Nak masuk UMP ye? Aku hope ko dpt masuk sana. Kakak aku dah lepas dah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks frea,,insyallah bulan 6 ni ,lapor diri kat situ,,
      hee,,,)
      doakan saya berjaya di sana,,,

      Delete